Monday, November 26, 2007

Nora and Me


TubeCodes.com
oh man, i'm so full of myself. heh.
The truth is I was always told that because my mom loved this song so much, that's how I got my name from.
The thing is, it is impossible for me to find out when the album was released.
I was born in 1980. So if anyone can debunk this myth. Please do. Im dying to find out.
By the way, it's by Latiff Ibrahim -Nora.

17 comments:

yenjai.net said...

I have quite a few friends who got their names from movies and songs too

Anonymous said...

mrcupan : hi, saya dapat info ini dalam laman web... :)

Category: Music
Genre: Soundtracks
Artist: S AINI., KHATIJAH & LATIF IBRAHIM

SUMBER ILHAMKU - satu lagi album bermutu tinggi dengan semua lagunya hits daripada sentuhan komposer legenda Ahmad Nawab. Ahmad Nawab bukan saja menjadikan lagu dan album runut bunyi ini popular dan diminati ramai - malah mengangkat Sumber Ilhamku arahan Aziz Jaafar filem pecah panggung.
Pengiktirafan terhadap kerja bermutu tinggi Ahmad Nawab ini terbukti apabila Tangisan Hati Yang Derita nyanyian Khatijah Ibrahim dalam filem dan album ini diangkat sebagai Lagu Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Pertama pada 1980.
Album runut bunyi ini mengandungi 9 lagu daripada penyanyi popular pada waktu itu - Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Latif Ibrahim dan M Rizal.
Sumber Ilhamku terbitan dan edaran WEA Records walaupun diterbitkan pada 1979, tetapi hanya berada di pasaran pada 1980. Hal ini berlaku kerana EMI Malaysia memfailkan saman terhadap WEA kerana Sharifah Aini (artis EMI) tidak mendapat keizinan daripada syarikat itu untuk muncul dalam album berkenaan.
Sharifah Aini yang mendukung watak utama filem ini bersama Latiff Ibrahim menyampaikan tiga lagu dalam album ini. Sharifah Aini membawa lagu Sumber Ilhamku dan berpadu suara dengan Latiff Ibrahim dalam Dunia Cintaku dan Duniaku Duniamu.
Album ini akhirnya bertemu peminat apabila kes diselesaikan di luar mahkamah dengan pada kulit album Sumber Ilhamku ditampal Sharifah Aini Muncul Dengan Ihsan EMI Malaysia.

Album ini juga yang terakhir Sharifah Aini merakamkan lagu Ahmad Nawab pada era 1970-an. Pada era 1980-an, Ahmad Nawab langsung tidak mencipta lagu untuk dirakamkan Sharifah Aini.
Kali terakhir Ahmad Nawab memberikan lagu untuk biduanita ini pada 1994 dalam album Sharifah Aini. Ahmad Nawab mencipta dan menerbitkan dua lagu - Rindu Menghiasi Kamar Cinta dan Membalas Cinta.-
Sumber Ilhamku adalah antara album runut bunyi terbaik pernah dihasilkan sehingga kini, selain Hapuslah Air Matamu yang juga diterbitkan Ahmad Nawab.

MUKA 1

1. SUMBER ILHAMKU - Sharifah Aini.
2. DUNIA CINTAKU - Sharifah Aini & Latiff Ibrahim
3. TANGISAN HATI YANG DERITA - Khatijah Ibrahim
4. AKU, DIA DAN MALAM - Instrumental
5. SUNIAKU DUNIAMU - Sharifah Aini & Latiff Ibrahim

MUKA 2

1. KU GEMBIRA DI SAMPINGMU - Khatijah Ibrahim
2. USAH KAU RAYU PADANYA - Latiff Ibrahim, M Rizal & S Rohani
3. NORA -Latiff Ibrahim
4. BERTEMU BERCINTA - M Rizal

Nora Elina said...

Terima kasih mrcupan. Berdasarkan maklumat kamu, saya juga jumpa info ini...:

SUMBER ILHAMKU (1980)
Pengarah: Aziz Jaafar

Produser: Datuk Syed Kechik Syed Mohamed

Terbitan: Datuk Syed Kechik Syed Mohamed

Pelakon: Sharifah Aini, Latiff Ibrahim,
Rosnah Abd Rahman, Saadiah & Ibrahim Pendek

Soundtrack Film: Diedarkan terlebih dahulu oleh WEA (kini Warner) pada tahun 1979 sebelum filem ditayangkan pada awal tahun 1980.

Anonymous said...

mrcupan: terima kasih kerana sudi melawat youtube saya...semoga terhibur...

Nora Elina said...

dear mrcupan,

thanks to u. 27 tahun cari sekarang baru jumpa. ye lah, lagu lama kan..
Thank you for your efforts.
Truly appreciated.

Jadi kesimpulannya, betul atau tidak nama saya Di Ilhamkan dari filem ini? Cuma mak dan abah je yang tau.

What's for sure is they will always say, "iya,Nora. Betul..."

=)

Anonymous said...

mrcupan: awak adalah sumber ilham ibubapa awak...anyway lagu tu memang best termasuklah liriknya...saya pun kadangkala sing utk wife tp "Nora" kena tukar dgn nama dia...hehehe...

Nora Elina said...

so sweet..

hmm... barangkali suatu hari nanti my husband will sing this song to me? heh.

Anonymous said...

mrcupan: good idea :)... lagi best on ur weddings day...

Nora Elina said...

ishk, malu pula. hikhik =)

Anonymous said...

mrcupan: hehehe... oklah... apa2 hal pun nice chatting with u... kalau nak mp3 lagu tu ( nak buat ringtone ke :P )saya boleh send...

maaf ye...boleh tanya skit? awak keje TV station ke? program apa?

Nora Elina said...

boleh aje. emailkan mp3 to miss1410@gmail.com please. .. Freelance basis. Work with them from time to time. Great talking to u too =)

Anonymous said...

mrcupan: i tgk u belakon dlm tv3 td...(applause)nanti i send lagu tu...

Anonymous said...

Mungkin Justin boleh nyanyikan lagu Nora yang telah diremixkan, upbeat sedikit macam lagu lovestoned? atau lagu my love? Pasti enak bangat.

Nora Elina said...

Sir Justin, *lil laughter

lagu ini harus dikekalkan asli, just the way i like it =)
but you're welcome to sing it sambil menggayakan topi kamu yang hot itu. tiada masalah .=)

Anonymous said...

mrcupan : dah send...dapat x?

Nora Elina said...

ya, sudah dapat. thank you tonnes!!

Anonymous said...

mrcupan: dah dapat ye? ok...semoga terhibur...

Selamat Hari Raya AidilAdha dan Selamat Tahun Baru 2008...

www.youtube.com/user/mrcupan